01/12/2013

Kasih Mak Abah

Terharu melihat video ini. Sebelum tu, sila log in Facebook korang dulu. Then, klik SINI.


Aku mungkin agak degil, keras kepala dan kadang-kadang tak dengar kata. Aku tak mampu nak balas jasa mak dan abah. Terlalu banyak susah-payah mereka membesarkan aku dan adik-adik.

Aku bukanlah anak yang terbaik. Tapi aku takkan pernah lupa mendoakan kesejahteraan mak dan abah. Insya Allah, apa yang aku termampu aku akan usahakan untuk mak dan abah. Biar mak dan abah gembira selalu.


Usia aku semakin menginjak dewasa. Mak dan abah pula semakin tua. Semoga aku berjaya, cemerlang kaya raya boleh bawa mak abah pergi haji dan umrah sama-sama. Jangan risau, Allah kan ada. Walau susah, tapi pasti boleh.


Sayangilah mak dan abah. Walau siapa pon mereka. Jangan pernah menyalahkan. Kita bukan Tuhan yang tahu semuanya. Kalau mak dan abah marah, diam. Senyum. Dengar. Mereka marah mungkin sebab diri kita. Sebab sayangkan kita. Sebab risaukan kita.


P/S: Teringat pada seorang pensyarah universiti. Bukan berpangkat Dr. mahupun Prof. Cuma panggil beliau Puan sahaja. Masa tu sedang berbincang tentang projek. Dia pembantu kepada salah seorang Ketua Jabatan berpangkat Prof dalam projek tu. Usia sebaya dengan mak. Anak-anaknya pun semua dah besar panjang. Katanya, lepas dia habis ijazah teringin sangat nak sambung master mahupun phD. Tapi, beliau lebih risau dengan anak-anak yang masih kecil. Masa habis ijazah beliau berkahwin dan mengandung. Sayang nak meninggalkan anak-anak pada orang. Biar anak-anak membesar depan mata. Antara sambung master, buat phD dan anak-anak, Beliau pilih anak-anak dan korbankan kedua-duanya masa itu. Beliau kata, sekarang baru rasa lega nak sambung master dan phD sebab anak-anak semua dah habis sekolah dan dah besar panjang boleh jaga diri. Kagum dengan pengorbanan beliau sebagai ibu.  =)

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Azra Safiyya | Design by Kiera Rashid