Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

12/01/2015

Tak Keruan

Bissmillahirahmanirrahim.

Ya Allah, aku memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohon kurnia-Mu yang besar. 

Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. 

Engkau yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. 

Ya Allah, sekiranya dalam ilmu-Mu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan berkat kepada aku melaluinya. 

Sebaliknya, apabila dalam ilmu-Mu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, lalu jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua. 

Kemudian, puaskan hatiku dengan takdir-Mu itu.

Amin.

02/07/2014

Insan Yang Khilaf

Just random. Fefeeling nak merapu nih. Sebab somehow the quote from a friend buat hati terkesan. Eceh!

Sejak kebelakangan ni, banyak nya perkara dalam fikiran. Tanya Allah apa hikmah Dia beri atas apa yang dirasa dan yang berlaku sekarang ni. Apa? Kenapa? Why oh why? Sebab....


Hati dah jadi tak keruan. Jiwa dah jadi tak tenang. Dalam kegembiraan yang sementara.


Mungkin kita dah jauh dari Dia. Dia nak bagi peringatan mungkin. Who knows.
"Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang mungkin akan lebih banyak mengecewakan kita."
Allah tak pernah tak bagi apa yang diperlukan. Semua cukup serba serbi. Cuma ia datang dalam pelbagai bentuk yang kita sendiri tak sedar. Andai disingkap semula masa-masa lalu. Ya, Alhamdulilah. Syukur. Cuma, kita hamba yang lalai, leka dan lupa. Astaghfirullahal'azim.
"Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu?"
Takut? Risau? Confused? Bimbang segala? Heyyy33. Allah kan ada. **pesan pada diri** 

Biarlah Allah yang tentukan semua. Walau apa jua gejolak rasa di dada. Dia Maha Tahu. Jodoh, ajal, rezeki semua di tangan Dia. 

"Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan."
Ya, pengalaman mengajar kita. The thing is, you're not afraid to try again. Maybe, you're just afraid of getting hurt for the same reason. 

Ramadhan datang lagi dengan keberkatan dan rahmat. Jangan dicemar dengan dosa yang sia-sia. Kita insan yang khilaf. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk jadi lebih baik. Doa banyak-banyak. Bulatkan hati pada Dia. Sebab Dia yang Maha Pemurah lagi memperkenankan doa. 


Enough kesilapan lalu. Ambil teladan. 



P/s: Sedang mengumpul kekuatan. Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua. =)


25/04/2014

Kejayaan?

"...kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." - Surah Ali Imran, ayat 159

Kejayaan tu milik semua orang yang berusaha. Kan?

KEJAYAAN. Sounds too general. Boleh tak spesifikkan? Rasanya setiap orang ada definisi masing-masing. I mean, dalam sudut pandang yang berbeza-beza. Since setiap orang ada something yang diusahakan untuk diri masing-masing based on matlamat hidup diri sendiri.

Situasi setiap orang tak sama. Kemampuan pun. Peluang? Ada dimana-mana. Cuma, pilihan dan keputusan je yang membezakan. Mungkin perlu berbalik semula kepada SITUASI dan KEMAMPUAN tu? Kadang-kadang tak mustahil, diri kita sendiri yang letakkan limitation tu. Mungkin. Mungkin. Aku kata, mungkin. I dont put any conclusion on this. Sendiri kena fikir.

Anyway, if anyone macam susah nak define apa makna kejayaan tu untuk diri sendiri, maybe u should take a moment of silence and revised your goals in life.

Why am i writing all this? Seriously, i'm in a sudden deep feeling of something that i dont even know how to describe either.

"...dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang telah kamu kerjakan."
- Surah Yaasin, ayat 54

P/S : Kat mana ada kelas tafsir Al-Quran kat area Bangi ni ek? Hoping for a recommendation. Sebab ilmu tu bukan sekadar membaca. Berguru tu penting. Hmm.

01/12/2013

Kasih Mak Abah

Terharu melihat video ini. Sebelum tu, sila log in Facebook korang dulu. Then, klik SINI.


Aku mungkin agak degil, keras kepala dan kadang-kadang tak dengar kata. Aku tak mampu nak balas jasa mak dan abah. Terlalu banyak susah-payah mereka membesarkan aku dan adik-adik.

Aku bukanlah anak yang terbaik. Tapi aku takkan pernah lupa mendoakan kesejahteraan mak dan abah. Insya Allah, apa yang aku termampu aku akan usahakan untuk mak dan abah. Biar mak dan abah gembira selalu.


Usia aku semakin menginjak dewasa. Mak dan abah pula semakin tua. Semoga aku berjaya, cemerlang kaya raya boleh bawa mak abah pergi haji dan umrah sama-sama. Jangan risau, Allah kan ada. Walau susah, tapi pasti boleh.


Sayangilah mak dan abah. Walau siapa pon mereka. Jangan pernah menyalahkan. Kita bukan Tuhan yang tahu semuanya. Kalau mak dan abah marah, diam. Senyum. Dengar. Mereka marah mungkin sebab diri kita. Sebab sayangkan kita. Sebab risaukan kita.


P/S: Teringat pada seorang pensyarah universiti. Bukan berpangkat Dr. mahupun Prof. Cuma panggil beliau Puan sahaja. Masa tu sedang berbincang tentang projek. Dia pembantu kepada salah seorang Ketua Jabatan berpangkat Prof dalam projek tu. Usia sebaya dengan mak. Anak-anaknya pun semua dah besar panjang. Katanya, lepas dia habis ijazah teringin sangat nak sambung master mahupun phD. Tapi, beliau lebih risau dengan anak-anak yang masih kecil. Masa habis ijazah beliau berkahwin dan mengandung. Sayang nak meninggalkan anak-anak pada orang. Biar anak-anak membesar depan mata. Antara sambung master, buat phD dan anak-anak, Beliau pilih anak-anak dan korbankan kedua-duanya masa itu. Beliau kata, sekarang baru rasa lega nak sambung master dan phD sebab anak-anak semua dah habis sekolah dan dah besar panjang boleh jaga diri. Kagum dengan pengorbanan beliau sebagai ibu.  =)

17/03/2013

Aku Nak Berubah!


Bila aku kata "aku sedang berubah",
Kadangkala diri ini terbabas juga.

Maka,
Tegurlah, bukan menghukum
Sayangilah, bukan memburukkan.
Maafkanlah, bukan membenci. 

Jadi, 
Bersabarlah dengan aku.
Bukan meninggalkan.
Bukan membiarkan.

Tapi, 
Ingatkanlah aku.
Doakanlah aku.

Perubahan ini bukan mudah.
Harganya juga tak murah.
Aku masih lemah.
Ya Allah.



 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Azra Safiyya | Design by Kiera Rashid