02/07/2014

Insan Yang Khilaf

Just random. Fefeeling nak merapu nih. Sebab somehow the quote from a friend buat hati terkesan. Eceh!

Sejak kebelakangan ni, banyak nya perkara dalam fikiran. Tanya Allah apa hikmah Dia beri atas apa yang dirasa dan yang berlaku sekarang ni. Apa? Kenapa? Why oh why? Sebab....


Hati dah jadi tak keruan. Jiwa dah jadi tak tenang. Dalam kegembiraan yang sementara.


Mungkin kita dah jauh dari Dia. Dia nak bagi peringatan mungkin. Who knows.
"Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang mungkin akan lebih banyak mengecewakan kita."
Allah tak pernah tak bagi apa yang diperlukan. Semua cukup serba serbi. Cuma ia datang dalam pelbagai bentuk yang kita sendiri tak sedar. Andai disingkap semula masa-masa lalu. Ya, Alhamdulilah. Syukur. Cuma, kita hamba yang lalai, leka dan lupa. Astaghfirullahal'azim.
"Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. Mengapa masih ragu-ragu?"
Takut? Risau? Confused? Bimbang segala? Heyyy33. Allah kan ada. **pesan pada diri** 

Biarlah Allah yang tentukan semua. Walau apa jua gejolak rasa di dada. Dia Maha Tahu. Jodoh, ajal, rezeki semua di tangan Dia. 

"Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan."
Ya, pengalaman mengajar kita. The thing is, you're not afraid to try again. Maybe, you're just afraid of getting hurt for the same reason. 

Ramadhan datang lagi dengan keberkatan dan rahmat. Jangan dicemar dengan dosa yang sia-sia. Kita insan yang khilaf. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk jadi lebih baik. Doa banyak-banyak. Bulatkan hati pada Dia. Sebab Dia yang Maha Pemurah lagi memperkenankan doa. 


Enough kesilapan lalu. Ambil teladan. 



P/s: Sedang mengumpul kekuatan. Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua. =)


 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Azra Safiyya | Design by Kiera Rashid