14/01/2015

Job Interview - Public Relations and Marketing Executive (Part 1)

Untuk pengetahuan semua, my background study masa kat universiti dulu adalah Mass Communication. 

Sebelum pergi interview tu, semua tips interview aku baca. Macam-macam ada. Pandai-pandailah google sendiri okay.

Apapun, bagi aku yang paling penting adalah kita jadi diri sendiri. Dapat atau tak itu belakang kira. Yang penting adalah confident.

Ok, now i'll tell u what happen during my first interview for the position.

Untuk interview kali pertama, yang interview aku tu CEO company tu sendiri. One to one session lah. First thing first masa CEO tu duduk je dia memperkenalkan diri dia and he said that he's from Japan. He can't understand any Malay or Mandarin or Tamil. Only English. Tapi aku translate lah sikit-sikit oke. Just to tell u what to expect during any interviews for Public Relation jobs.

Selepas sesi berkenalan antara kami, dia minta resume and certificates aku. So, aku bagilah. Antara soalan-soalan yang ditanya adalah sebagaimana di bawah. Scroll and baca sampai habis oke. Manalah tahu membantu kan.

Q1- Apa yang awak tahu pasal company ni?
A2- Fuh fuh fuh nasib baik aku baca tadi masa dalam kereta. Memandangkan company dia buat macam-macam so aku cakap awal-awal terus kat dia apa yang aku mampu buat and apa yang aku boleh contribute based on pengalaman aku.

Q2- Memandangkan aku bekerja di sektor kerajaan, dia tanya apa tugas harian aku. 
A2- So cerita je lah semua kan. Jawab dengan jujur. My daily routine include media monitoring such as paper cutting, preparing all the media facing documents, drafting speeches and bulletin articles. Panjang aku jawab pada dia sebenarnya but in this case i think u should know yourself better kan. So jawablah sendiri.

Q3 - Berapa expected salary yang aku nak?
A3 - Aku jawab aku nak minimum RM3k.

So next, the CEO told me semua pasal apa yang company dia dah buat. Well, a very good track record la i can say. Kagum sebentar.

Q4 - Since company dia involved and managed few mega events, software applicatians, online games, artists and companies, dia sebut kat aku beberapa contoh projek dia and dia tanya aku familiar ke tak pasal tu?
A4 - Artists yang dia sebut tu aku kenal la. Few software applications and online games tu aku blur sikit sebab aku bukan gila benda-benda nih. Actually aku jujur cakap kat dia yang aku tak familiar langsung. And aku pon baru tahu sedikit sebanyak sebab sementara tunggu dia nak interview aku tu, aku baca kat dinding ofis dia. Wakakakkaka. 

Lagi, dia cerita pula apa yang aku kena buat kat company dia if once selected for the job.

Well, definitely bekerja dalam sektor awam dan sektor swasta sangatlah berbeza. 

Kat sini, dia kata staff ada lebih kurang 7 orang sahaja. Setiap orang akan in charge untuk bahagian masing-masing from A to Z. 

So for my position, if selected, i have to do all the media planning, media strategy, meeting all the media editors and clients, preparing all the media-facing documents, media updates, and etc. All rounder la senang cerita untuk kerja-kerja Public Relations ni. 

Since pekerja tak ramai, so setiap orang bertanggungjawab untuk bahagian masing-masing. Semua orang kerja bersama-sama dan semua orang kat situ adalah macam ketua untuk bahagian masing-masing. The struggle is how to make sure the client's event/product is up on the news.

Well, actually memang masa kat sektor kerajaan hari-hari pun aku buat. Tapi tak semua lah yang macam dia cakap. Since kerja kat sektor kerajaan, the one with authority, so to make sure yang apa sektor kerajaan buat masuk surat khabar, berita semua senang je. Tambah pula, sektor kerajaan yang aku kerja ni memang ada promotion arm dia sendiri. Tak payah risau.

Then, dia mintak contoh write-ups yang aku pernah buat. Q&As, media releases, speeches, articles etc. Draf je lah. Since semua yang final of course la bos aku dah amend apa yang patut kan. Just to picture my writing skill tu kat dia. 

I've been in the interview from 2.00 PM until 4.30 PM macam tu. 2 jam lebih la jugak. Since the company is an international company, he said that i'll be in need to travel a lot. Hohoho. Aku suka je berjalan ni. Hahaha. 

Actually yang jadi lama sangat interview ni pasal dok sembang je tak sudah-sudah. Most of it pasal current issues la. Contohnya macam banjir, the air craft tragedies MH 370 and MH17 tu. Then dia kaitkan la dengan pengalaman-pengalaman naik kapal terbang dia. And aku pon share je lah apa yang aku tahu. 

Weh, nasihat aku, alert lah ye dengan current issues. Sebab kadang-kadang ada interviewer ni dia buat cam sembang santai je sebab sebenarnya dia nak tahu kita ni bijak and peka tak. Tu yang aku suspect la.

Ok, done! Baliklah apa lagi. But before that, dia bagi aku name card dia. Dia kata we both can actually be friends and he asked me to add him in Facebook. Well, i guess first interview went well right? Hihihihi.

Tapi, ramai lagi orang dia nak interview. Some of them yang memang ada pengalaman kerja bertahun-tahun dalam bidang ni. So, aku cuma mengharap yang terbaik sahajalah. Rezeki ada di mana-mana. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin. =)



No comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Azra Safiyya | Design by Kiera Rashid