14/01/2015

Job Interview - Public Relations and Marketing Executive (Part 2)

Around two weeks after my first interview with the Japanese CEO, I've got a call for the second interview. Yeayyyy!

I met the CEO again in the office. But he's not the one who will be interviewing me. It's his Manager for the Business Development Division.

She seems not too friendly at first. Muka pon macam garang. Maybe she's been very busy with a lot of works. Well, since she has to cover up for the Public Relation and Marketing Executive's position i guess.

First thing first, kitorang pon berkenalan lah dalam bilik interview tu. Lepas tu dia cakap that this time it's actually an in-depth interview so dia nak betul-betul tengok kebolehan and kemampuan diri. 

And lagi, dia kata dia a bit strict and it will never be the same like i was interviewed with the CEO. Aku angguk and senyum je lah. Nak buat apa lagi kan. Hohoho.

Pastu tiba-tiba dia bagi aku a simple fact sheet on a company's profile and its product. Dia suruh aku baca. 

Then dia kata sekarang dia akan bagi situasi untuk aku lakonkan. Aku boleh buat apa aku suka and tanya apa yang aku nak. So dia nak tahu macam mana aku nak discuss tentang marketing plan and media strategy dengan klien.

Dia akan jadi klien. I mean wakil dari company yang dia bagi maklumat suruh aku baca tadi. And aku akan konon-konon jadi PR and Marketing Manager company ni. Terus dia cakap, ok u can start now! Hukhukhuk. Terkejut aku. Stoned sekejap. =3

Maka berlakulah sesi discussion antara kami. Fuh fuh fuh. 

Lepas je habis lakonan kitorang tu terus dia suruh aku buat media release. Terkejut lagi sekali. Hukhukhuk. Tapi buat je lah kan. English media release. Dia bagi masa dalam setengah jam lebih kurang. 

Lepas tu dia duduk depan aku semula and tanya beberapa soalan sebagaimana di bawah. Scroll and baca sampai habis oke. Aku rasa interview kali ni memang aku asyik terkejut je.

Q1 - Ok, now u have to meet the media editors. I'll give u The Star, New Straits Times and The Malay Mail. Tell me how u will convince these editors so our client's product will be up on news?
A1 - Aku faham yang setiap newspaper ada angle berbeza yang dia nak cover. So, aku bagilah 3 different angles yang aku rasakan bersesuaian. 

Q2 - Now, Malay newspaper editor pulak. Dia ambil contoh Utusan Malaysia.
A2 - Aku bagilah apa yang patut. Bagi aku Utusan Malaysia ni macam skema sikit. So aku punya cadangan tu melibatkan sedikit sebanyak dasar kerajaan lah. And perkaitan produk klien dengan dasar kerajaan. Aku pon tak tahu betul ke tak. Hentam sahajalah labu.

Q3 - Now, majalah pulak. Dia tanya apa majalah yang bersesuaian dan macam mana aku nak convince kan editor majalah pulak. 
A3 - Huu. Bagi aku majalah ni lebih kepada personal approach. So, aku kata kat dia testimoni penting. Editor boleh cover story pasal pelanggan dan pengalaman keluarga pelanggan ke. Ataupun, tenaga kerja produk tu sendiri untuk tambah keyakinan pembaca. 

Sebab majalah ni ada followers and audience tersendiri. Macam majalah Wanita, of course yang banyak baca perempuan. Mak-mak, isteri-isteri macam tu kan. Majalah Pa&Ma mesti pasal tips penjagaan anak. Kaitkan pasal trend semasa kanak-kanak zaman sekarang dan apa yang kanak-kanak zaman sekarang sangat perlukan untuk menghadapi dunia penuh cabaran sekarang ni. Tu contoh la yang aku rasa cam betul boleh pakai. Hahhahaha.

Q4 - Then, she asked me how am i going to promote the products through online social media?
A4 - So, aku bagi contoh Facebook, Twitter and Instagram. Hashtags apa sume tu lah. Alah ni normal sangat. Aku rasa korang pon tahulah nak goreng. Pastu aku cakap kt dia suruh buat through Whatsapp. Tu memang direct personal approach sebab semua orang atleast kat fon masing-masing mesti ada Whatsapp punya. Macam-macam group Whatsapp ada. Pastu aku cakap la pasal blog. Aku cakap kat dia the best way untuk promote adalah bila kita boleh buat online community people untuk buat review berkenaan produk. Sebab everything yang orang nak sekarang ni first thing first mesti search kat Google. The more the review the better. Hahhahahah.

Q5 - Then dia tanya lagi apa event yang aku boleh suggest untuk promote produk company tu?
A5 - Aku cakap lah kalau company ada persetujuan and endorsement dari kerajaan, boleh buat satu majlis menandatangani MoU ke hape. Ala just nk bagi acknowledgement and keyakinan masyarakat. Lepas tu, approach community blogger untuk merasai pengalaman menggunakan produk yang dia keluarkan. Feel the environment. The excitement apa sume. Open Day should be okay. Aku bagi contoh suruh dia buat macam The Butterfly Project tu.

By the way, itu antara soalan-soalan yang dia tanya lah. Jawapan yang aku tulis tu sedikit sebanyak lah yang aku cakap. Panjang sebenarnya kalau nak tulis semua. Tak larat. Interview tu dari pukul 10.30 AM sampai 1.00 PM. 

Actually bila lama-lama dengan aku punya interviewer tu aku rasa aku telah berjaya breaking the ice. Dia dah tak garang dah. Gelak-gelak lagi ada. Siap menyembang tah hape-hape. But still melibatkan beberapa current issues la. See, current issues sangat penting kan. Rajin-rajinlah mengikuti perkembangan semasa oke. 

Semoga entry ni membantu. Kalau ada apa-apa nak tambah pasal pengalaman interview boleh lah share freely. Nak tahu jugak sebagai persiapan mental dan fizikal.  

Apa pun, berdoa banyak-banyak and buat yang terbaik. Jadi diri sendiri and jangan menipu masa interview. Walau dalam jiwa raga kepala hotak dah kena panicked attack, tapi luaran, muka kena cool habis okay. Control macho, control cun habissss okay. Mesti boleh punya! 

Good luck semua!=D





2 comments:

  1. betul sangat tuu, sebab kalau kita menipu masa interview, nanti tak related dgn situasi diri sbnr. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhik. Betol betol betol. Sep sikit meh. =)

      Delete

 
© Copyright 2015 | All Right Reserved to Azra Safiyya | Design by Kiera Rashid